Tuesday, January 29, 2008

KONSEP PEMBESTARIAN SEKOLAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Seperti sebelum-sebelum ini saya akan menerangkan dengan seberapa ringkas untuk pengajian bagi minggu ke 3. Pada minggu ini, tajuk yang dibincangkan ialah KONSEP PEMBESTARIAN SEKOLAH, di mana kita akan mengetahui apakah yang sebenarnya sekolah bestari atau pun "Smart School" dan pakah perananya dalam pembangunan pendidikan sekolah pada masa kini dan masa depan.

Malaysia kini di era millenium mengalami pembangunan yang pesat dari segi infrastruktur sama ada di dalam dan luar bandar. Kepesatan ini telah melibatkan pelbagai sektor kerajaan dan swasta yang mana telah mengambil peranan dalam pembentukan dan pencapaian wawasan 2020 yang di laungkan oleh bekas perdana menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Dalam menuju ambang kemajuan dan kepesatan ini kerajaan telah merancang dan mengambil langkah dengan merubah dasar negara dengan dikaji mengikut kesesuaian keadaan dan keperluan hasil dari perkembangan intelektual masyarakat yang celik ilmu dan ICT disamping melahirkan tenaga kerja yang produktif, kritis dan inovatif dalam menghadapi alaf baru wawasan 2020.

Falsafah pendidikan yang menekankan perkembangan potensi individu dari segi JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosialnya telah mengilhamkan kerajaan untuk mewujudkan sekolah bestari yang lengkap dengan teknologi terkini hasil aplikasi perdana koridor raya multimedia bagi memperbaiki sistem pendidikan yang sedia ada agar dapat melahirkan masyarakat yang berdaya maju dan produktif dalam menghadapi cabaran alaf baru.

Pada tahun 1999, kerajaan telah mewujudkan sekolah bestari melalui projek rintis "pilot school" sebanyak 87 buah sekolah yang melibatkan 35 buah sekolah di luar bandar dan 52 sekolah yang di bandar yang terdiri dari sekolah menengah dan sekolah rendah di seluruh negara. Sekolah Bestari yang diwujudkan adalah untuk mencapai matlamat negara dan membantu pelajar menghadapi era teknologi maklumat melalui pembekalan ICT ke sekolah, keupayaan guru mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan pentadbir sekolah berupaya menggunakan sistem pengurusan berkomputer untuk meningkatkan proses pentadbiran sekolah.

Sunday, January 27, 2008

TEKNOLOGI DAN INOVASI


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...pada minggu yang kedua ini saya dan sahabat-sahabat bagi kelas teknologi dan inovasi ini menerusi pantauan dari Cik Umi, kami mula didedahkan dengan pengenalan teknologi yang mana telah kami perolehi sebelum masuk ke kelas lagi, namun terdapat beberapa bahagian yang kami kurang prihatin dan perlu kepada penerengan yang lebih jelas.

Menurut apa yang dijelaskan Cik Umi teknologi secara amnya telah wujud sejak dulu lagi ketika penggunaaan kertas dan pen serta beberapa bahan alat-alat yang wujud sebelum datangnya era teknologi yang penuh digital iaitu teknologi komputer, kalkulator, telefon bimbit dan sebagainya, walaupun pada hakikat saya pun memikirkan bahawa teknologi hanyalah bermula apabila manusia mula mencipta komputer tetapi telah bermula sejak sekian lama.

Sebenarnya skop teknologi amatlah luas peranannya sebagaimana ia telah banyak membantu tamadun manusia berkembang dengan pesat apabila bermula era perkomputerna di era 90an, dan semakin bertambah bilangannya apabila ternyata ia banyak menyelenggarakan gerak kerja dengan pantas dan mudah. Maka dengan itu, kerajaan telah mengambil satu langkah drastik dengan membentuk satu kerajaan yang sistematik dan teratur yang digelat e-kerajaan sebagai langkah mentadbir dan mengurus segala perancangan dan pemerintahan dengan lebih telus dan berkesan.

Teknologi pada asasnya merangkumi pelbagai aspek iaitu yang pertama Teknologi sebagai Objek yang terdiri daripada mesin-mesin elektronik dan alat-alat, senjata dan seumpama. alat-alat ini sebenarnya melibatkan penggunaan tenaga manusia bersama mesin-mesin untuk menghasilkan sesuatu bahan. Kemudian kita beralih kepada Teknologi sebagai Pengetahuan iaitu bagaimana teknologi inovasi ini dapat menyampaikan maklumat menerusi internet dan mudah didapati kepada mereka yang memerlukan kepadanya. Seterusnya Teknologi sebagai Aktiviti, iaitu manusia menggunakan teknologi untuk melakukan kerja dengan lebih teratur dan kemas, meningkatkan lagi kemahiran yang ada ke tahap yang lebih baik dan berkualiti serta digunakan sebagai persidangan untuk forum-forum yang membincangkan seseuatu hal melibatkan pihak-pihak yang jauh dan sukar ditemukan pada suatu tempat tetapi mampu menghasilkan penghasilan gerak kerja yang berkualiti. Kemudian Teknologi juga sebagai Proses iaitu menjadi satu daya keperluan dan kemudiannya diakhirinya dengan penyelesaian. justeru itu, Teknologi bertindak sebagai Sistem Manusia (Sosiatechnical) iaitu gabungan objek lain dengan manusia contohnya pembelajaran jarak jauh (PJJ) menerusi internet dengan lebih mudah dan menjimatkan.
Pada sudut yang lain pula, penyesuaian kepada perubahan persekitaran di tempat mengajar adalh titik tolak kejayaan untuk mendidik pelajar dengan lebih berkesan. Ia sebenarnya adalah hasil dari guru yang 'transform" diri mereka bukan dari segi zahir tetapi mental untuk merubah sesuatu keadaan yang sebelumnya amat berbeza dengan situasi tersebut namun akhirnya dapat diatasi apabila guru berjaya merubah gaya penyampaian yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar sekolah kepada para pelajar.

Monday, January 21, 2008

Pengenalan Mengenali Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan

Pada permulaan pembelajaran pada miggu pertama, saya dan rakan-rakan yang yang lain telah didedahkan oleh lecture bagi kelas ke 3 iaitu cik Umi dalam membuat blog dan mendaftar di yahoo group yang disediakan iaitu http://uk.groups.yahoo.com/group/DipEd_2008. walaupun ia suatu benda yang baru, namun saya merasakan ia satu cabaran baru untuk bakal guru-guru Pendidikan Islam dalam menerapkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam pendidikan di dalam era yang serba canggih
Namun setelah sejam berada di lab akhirnya terciptalah blog baru ini www.abdulkuddus.blogspot.com