Friday, October 31, 2008

Peraturan Makan Dan Minum



Islam menggalakkan supaya:

(a) Waktu makan apabila berasa kelaparan bukannya mengikut masa.

(b) Apabila makan dan minum jangan hingga kekenyangan atau berlebihan. Sabda Rasulullah bermaksud: “Tidak ada bekas yang lebih keji yang diisikan oleh anak Adam daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya dan sekiranya dia terpaksa melakukan juga, maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya.” – (Hadis riwayat At-Tarmizi, Ahmad, Ibn Majah dan Nasai).

(c) Jangan mencampurkan pelbagai jenis makanan dalam satu hidangan kerana itu akan menyusahkan proses penghadaman.

Mengikut sunnah Rasulullah, Baginda tidak pernah mencampuradukkan jenis makanan yang berbeza jenisnya dalam satu hidangan. Umpamanya, tidak mencampurkan telur dengan tairu (susu masam) atau daging dengan tairu. Begitu juga jenis yang cepat dihadamkan dengan yang tidak cepat dihadamkan.

Peraturan itu semuanya berasas kepada prinsip sains menurut kajian pakar sains masa kini.
 Konsep perut sebagai punca penyakit.

Mengikut ajaran Islam punca penyakit adalah perut. Menurut seorang pakar dalam ilmu perubatan Arab pada zaman purba, Al-Harith ibn Kaladah, seorang sahabat Rasulullah berkata: “Perut itu sarang penyakit, berpantang larang itu adalah petua segala perubatan.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Tidak ada bekas yang lebih keji yang diisikan oleh anak Adam daripada perut...

Konsep bahawa perut itu boleh menjadi punca penyakit adalah konsep yang datang daripada wahyu Ilahi iaitu yang menyebabkan manusia itu sakit adalah perbuatannya sendiri.

Jika dia pandai berdisiplin dalam aspek menjaga makanan dan kesihatannya, maka dengan izin Allah dia tidak diserang oleh penyakit.

Konsep ini dibuktikan oleh Dr Henry Bieler M D hasil pengalamannya selama lebih 50 tahun.

Beliau berkata, bahawa sebab utama penyakit bukannya kuman, tetapi toksimia yang menyebabkan kerosakan sel yang membuka pintu kepada pembiakan kuman dan serangannya.

Sumber: Dipetik dari berita harian o­nline 27/01/2004

No comments: