Tuesday, March 25, 2008

PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua . insyaAllah pada kali ini saya akan menerangkan serba sedikit tentang penggunaan dan pengurusan makmal sekolah dari segi aspek keselamatannya. Makmal computer di sekolah terbahagi kepada dua bahagian aspek keselamatan iaitu keselamatan alat komputer dan keselamatan pengguna terutama pelajar.Keselamatan alat computer adalah pengurusan dan jagaan terhadap alat-alat atau pun komponen computer yang berkait dengan computer yang perlu dipelihara dan dijaga dengan baik. Antara keselamatan yang dititikberatkan ialah :

a) Memastikan komputer tidak berada di bilik suhu yang terlalu panas iaitu tidak membiarkan computer berada dalam keadaan yang cukup panas seperti meletakkan computer di atas bilik yang tidak mengandungi penghawa dingin ataupun diletakkan pada dapur gas yang sentiasa dalam keadaan yang cukup panas. Perlulah diselanggarakan bilik atau makmal computer supaya sentiasa berada dalam keadaan suhu yang selesa dan tidak panas.

b) Menggunakan ‘stabilizer’ supaya voltan elektrik sentiasa terkawal keadaannya. Arus elektrik yang datang mungkin lebih voltannya yang mungkin akan menyebabkan litar pintas ‘blackout’. Keadaan ini cukup bahaya yang mana ia akan memberi kesan kepada computer kerana tidak mampu menerima jumlah voltan yang lebih dari sepatutnya.

c) Elakkan dari computer terhantuk, gegar dengan kuat dan terjatuh yang akan menyebabkan kerosakan yang teruk pada bahgian dalaman computer yang begitu sensitive terhadap perlakuan seperti ini kerana komponen-komponen yang berdada di dalamnya yang mudah retak dan pecah (fragile). Oleh yang demikian perlu pelajar atau guru sentiasa berhati-hati ketika mengangkat ataupun menggunakan computer.

d) Tidak meletakkan computer sama ada laptop atau desktop di dalam boot kereta yang akan menyebabkan hentakan yang kuat pada tempat ini. Boleh menyebabkan kerosakan kerana gegaran dan hentakan adalah kuat pada sudut kereta ini.

e) Perlu menutup computer dan peranti unit dengan lapis plastic agar tiada sebarang objek akan menimpa ke atas computer serta tidak terdedah dengan begitu sahaja terutamanya air.

f)
Elakkan system unit terdedah terlalu lama tanpa casing yang mengundang kepada haiwan yang kecil dan akan merosakkan wayar-wayar dan komponen yang terdapat pada CPU computer. Perlu sentiasa menutup dengan segera setelah menggunakannya.

e) Menanggalkan plug dari soket elektrik dalam keadaan yang baik setelah menggunakan computer.

f) Elak system peranti (mouse/keyboard) tanpa ‘shutdown’ kan computer.

g)
Jangan menanggalkan atau memasang ram atau kad lain pada slot pada motherboard tanpa memutuskan sumber elektrik. Boleh berlakunya litar pintas yang akan membahayakan nyawa sendiri.

h)
Biarkan sistem unit ‘cool down’ sebelum membaik pulih computer.

i)
Pastikan kabel monitor, kabel kuasa dan kabel peranti-peranti terurus dan tidak terlipat di belakang sistem unit. Perlulah diurus dan diselenggarakan dalam keadaan yang baik dan kemas supaya pengurusan kabel-kabel elektrik ini tidak terganggu.

j)
Apabila menyambung kabel-kabel ke sistem unit, lakukan ia dengan berhati-hati supaya pin kabel tidak terbengkok atau pun patah.

Pengurusan keselamatan dan keselesaan pengguna terutama pelajar dapat dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu :

a) Memastikan meja computer terurus, sistem unit terletak di tempat sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti.

b) Menggunakan penapis cahaya monitor pada skrin tersebut. Membantu mengurangkan silau dan cahaya pada skrin terus ke mata pengguna.

c) Melaraskan kedudukan monitor dengan mata dengan menjarakkan sebanyak 18-24 inci dari mata.

d) Sekiranya membuka casing sistem unit, pastikan sistem unit di ‘shutdown’kan, putuskan bekalan kuasa elektrik pada suis dan tanggalkan plug setelah selesai ‘shutdown’.

e) Semasa penyelenggaraan sistemperanti dan komponen computer pengguna mengelakkan dari memakai tali leher, barang kemas dan berambut panjang.

f) Pastikan wayar kuasa dalam keadaan baik supaya voltan yang disalurkan melaui wayar kuasa ini tidak terdedah kepada pengguna. Sentiasa memeriksa keadaannya sekiranya terkoyak wayar atau berada dalam keadaan yang bahaya.

1 comment:

tamiljunction said...

Hi

Let's come together on http://www.tamiljunction.com to bring all the Tamil souls unite on one platform and find Tamil friends worldwide to share our thoughts and create a common bond. Let's also show the Mightiness of Tamils by coming together on http://www.tamiljunction.com