Tuesday, March 25, 2008

TV PENDIDIKAN

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) memainkan peranan yang penting dalam menyelenggarakan dan mewujudkan tv pendidikan dengan mengisi pelbagai perisian yang berkaitan dengan pelajaran dan pendidikan yang interaktif di sekolah, menyusun rancangan program tv pendidikan dan menyediakan bahan-bahan cetak yang yang berkaitan dengan pendidikan.

Antara perisian yang digunakan dalam tv pendidikan ialah Perisian Kursus Pengajaran Dan Pembelajaran dan Perisian Pendidikan Berasaskan Sumber (Resource Base Educational Material) serta (supplementary and complementary Teaching Courseware). Kesemua bahan-bahan ini digunakan oleh guru-guru disekolah sepenuhnya dalam meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah.

Siaran tv pendidikan muncul di kaca televisyen setiap Isnin hingga Khamis dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang yang diterbitkan oleh penerbit TV Pendidikan dengan usaha sama TV Pendidikan dengan syarikat swasta dan rancangan pembelian menyediakan buku panduan penggunaan KBSR dan KBSM yang mengandungi sinopsis sesuatu rancangan dan disediakan panduan penggunaan rancangan tv pendidikan. Siaran yang muncul di kaca televisyen adalah berbentuk TV Pendidikan di bawah program PPSMI adalah rancangan KBSR dan KBSM (Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris) dan rancangan Sains Tulen (Fizik dan Kimia) dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, tv pendidikan turut menyediakan bahan cetak digunakan untuk pembelajaran seperti perisian Perisian Kursus Pendidikan Interaktif Perisian yang dibangunkan dari peringkat papan cerita hingga ke perisian kursus BTP, PSPN dan PKG dan diedarkan ke sekolah-sekolah di seluruh Negara. Terdapat 88 Sekolah Bestari menerima perisian kursus dalam bentuk talian (network version) bagi Smart School Management System) yang dibangunkan bagi meningkatkan lagi prestasi sekolah yang berstatus bestari ini. Perisian oleh BTP daripada bahan pendidikan yang mendapat anugerah Guru Inovatif KPM sempena Hari Guru.

No comments: