Friday, March 28, 2008

PPSMI

Apakah yang dimaksudkan dengan ppsmi ini? Ia adalah ringkasan perkataan dari Program Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris.
Aspirasi untuk menjadi negara perindustrian bergantung besar kepada bidang sains dan teknologi. Kejayaan dalam menyediakan pendidikan sains dan matematik pada peringkat awal akan menjaminkan sebuah masyarakat berpengetahuan yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jun 2002 telah membuat keputusan di mana pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris. Pelaksanaan akan dimulakan pada tahun 2003 untuk Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam

Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa maka pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003 adalah tepat pada waktunya. Langkah ini akan membolehkan pelajar memperolehi maklumat mengenai perkembangan terkini dalam bidang sains dan matematik di samping meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai sumber. Pada masa yang sama ini memberi peluang kepada guru dan pelajar peluang menggunakan bahasa Inggeris dan meningkatkan profisiensi berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Pengunaan alat bantu mengajar ICT juga akan membantu menjadikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik lebih menarik dan berkesan.

Maklumat mengenai pelaksanaan disebar luas melalui Program Road-Show kepada Pengetua atau Guru Besar, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Ibu bapa dan Masyarakat Umum.

Semua guru yang mengajar Sains dan Matematik telah menjalani latihan dalam tiga peringkat:
Kursus orientasi kurikulum sains dan matematik bagi sekolah rendah dan menengah
Latihan profisiensi bahasa Inggeris melalui Kursus 2 days on-site dan 5 days Full immersion.
Latihan ICT untuk pengoperasian perkakasan notebook dan LCD.

Seramai 27, 543 guru telah menerima latihan dan ini termasuk 2,585 dari sekolah jenis kebangsaan Cina dan 927 dari sekolah jenis kebangsaan Tamil. Set generator akan dibekalkan kepada sekolah yang tidak ada bekalan elektrik dan peruntukan 'one-off' sebanyak RM 5,000 - RM15,000.00 diberikan kepada sekolah untuk membeli peralatan tambahan. Semua sekolah yang dilengkapkan dengan projector LCD, skrin, speaker dan subwoofer, notebook dan troli.
Bahan-bahan sokongan yang digunakan adalah seperti Teaching courseware dalam bahasa Inggeris dan skrip pengajaran dalam bahasa Inggeris serta pakej buku teks tambahan yang mengandungi buku teks jilid 1 dan 2, buku aktiviti murid, buku panduan guru, CD-Rom guru dan murid.

2 comments:

samukam.com said...

I came across this new Tamil social networking website called Samukam.com. It’s like Facebook and MySpace but for Tamils. Because it’s new it doesn’t seem to be flooded with tons of members. But, like any other social site you can post your own pix, videos etc and do the usual blogging, forums etc. It’s got other fancy features too. And as they say on the site might end up being great for Samukam-ising with friends.

Revathi

Sign in Computers said...

If u say anything aboput Rasulullah There must must be authontic refrence.